Sunday, October 25, 2009

TARIAN TRADISI KAUM BISAYA

Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah, Kaum Bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri. Dua daripada tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus dan Tarian Liliput.

Tarian Sayau Bagarus
Adalah tarian yang menceritakan cara Kaum Bisaya mendapatkan hasil sagu, iaitu sejenis makanan tempatan. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Ceritanya proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan mereka mencipta Tarian Sayau Bagarus. Tarian ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang.

Tarian Liliput.
pula biasa ditarikan untuk mengubati orang sakit. Maksud Liliput adalah meliputi atau mengelilingi, oleh itu tarian ini adalah tarian meliputi atau tarian mengelilingi. Kaum Bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di Sabah, Kaum Bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri. Craftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan.

1 comment:

  1. ada tak video tarian tradisional bisaya ini(antara dua di atas).. email kan kepada sya di md.sidi93@mail.com... tq

    ReplyDelete