Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah, Kaum Bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri. Dua daripada tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus dan Tarian Liliput.
Tarian Sayau Bagarus
Adalah tarian yang menceritakan cara Kaum Bisaya mendapatkan hasil sagu, iaitu sejenis makanan tempatan. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Ceritanya proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan mereka mencipta Tarian Sayau Bagarus. Tarian ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang.
Tarian Liliput.
pula biasa ditarikan untuk mengubati orang sakit. Maksud Liliput adalah meliputi atau mengelilingi, oleh itu tarian ini adalah tarian meliputi atau tarian mengelilingi. Kaum Bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di Sabah, Kaum Bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri. Craftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan.
Sunday, October 25, 2009
Sunday, October 18, 2009
Kesenian & Kebudayaan
Kaum
Suku-suku kaum yang terdapat di daerah Beaufort ialah Bisaya, Brunei, Kadazan/Dusun dan Murut. Walaupun dari segi bilangan, masyarakat Bisaya mempunyai bilangan yang agak kecil, kehadirannya adalah lebih ketara di Daerah Beaufort. Kaum Bisaya adalah kaum yang paling ramai. Mengikut banci penduduk yang telah dibuat 10 tahun (1991) yang lalu, jumlah penduduk Bisaya di seluruh Negeri Sabah ialah seramai 30,000 orang.
Kebanyakan suku kaum Bisaya di Sabah adalah beragama Islam. Mereka kebanyakannya memeluk agama Islam sejak dahulu lagi dan biasanya adalah petani yang tinggal di hilir Sungai Padas dan Sungai Klias. Kebiasaannya dalam upacara perkhawinan, pihak pengantin diwajibkan memberi hantaran perkahwinan. Bagi penganut Islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh ugama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka.
Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain.
Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)